Yasmin Ahmad, pengarah filem dan pengarah iklan terkemuka kini tinggal kenangan. Allahyarham meninggal dunia pada 25 Julai lalu setelah koma akibat serangan strok pada 23 Julai. Pada masa itu Allahyarham sedang bertugas dan membentangkan kertas kerja sebuah projek yang bakal dijayakan.
Allahyarham seorang yang disenangi oleh orang yang sering berada di sininya. Beliau memang seorang yang menyenangkan dan jujur dalam melakukan pekerjaannya.
Sebuah iklan arahan beliau memenangi banyak anugerah pada majlis itu. Apabila banyak menang pastilah Yasmin menjadi tumpuan media. Tapi majlis yang baru pertama kali dianjurkan biasanya tak banyak dapat tumpuan.Apabila Yasmin mengarah filem pertamanya, Rabun, namanya semakin marak. Apatah lagi filem-filemnya seringkali mencetuskan kontroversi. Setiap filemnya menampilkan masyarakat berbilang bangsa. Nampaknya Yasmin lebih dulu menyokong gagasan 1 Malaysia.
Ada yang komen mengatakan Yasmin tidak peka dengan sensitiviti. Tetapi itulah realiti hidup hari ini. Banyak kita lihat perkahwinan yang merentasi sempadan budaya di negara ini.
AL FATIHAH DI UCAPKAN KEPADA LAGENDA NEGARA..SEMOGA ROH MU DICUCURI RAHMAT .AMIN..
0 comments:
Post a Comment